Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

9 December 2015

Takut

Heya Assalamualaikum,




Bulan lepas, masa tengah final exam. Minggu terakhir final exam, course aku antara course yang agak lambat tamat final exam. Dan dalam rumah yang aku duduk tu, ada dua orang je yang ambil course account termasuk aku.

Yang lagi seorang tu, orang Penang. Dan dia ada penyakit, epilepsy. Dan aku pula yang jenis memang tak boleh tengok orang kena penyakit tuh, mesti aku akan menggigil satu badan sebab takut.

Tapi aku tak nak cerita pasal penyakit tu.

Yang aku nak cerita sekarang ni, pasal sesuatu yang berlaku masa kami tinggal berdua sebelum bermulanya cuti semester. Bukan sesuatu lah, tapi rasa yang kitorang rasa. err

Pehal tetiba aku susah nak explain something ni. Heh.

Yeah, hostel. Hostel aku adalah sebuah apartment lima tingkat. Dan dah namanya hostel kan, satu rumah ada sepuluh orang. Tapi kat rumah aku hanya tinggal lapan orang je sekarang.

Then you know, talk about Hostel, mesti terbayang sesuatu seperti...



Dan tak payah ceritalah kejadian yang berlaku sepanjang enam bulan aku di rumah tu. Bunyi kerusi ditarik walaupun tak ada orang kat ruang tamu, dah jadi perkara biasa.

Lima orang ambil course TESL. Seorang ambil course Corporate Comm, dan dua orang ambil Account.

Budak TESL memang selalu habis exam awal, so diaorang pun dengan bangganya boleh balik rumah awal. Dan tinggal tiga orang je kat rumah. Lepastu, budak CC pula yang habis. Then tinggallah course Account.

Dua orang je kat rumah masa tu. Dan dua malam kitaorang tinggal berdua sebab last paper kami jatuh pada hari Isnin sebelum Deepavali esoknya.

Sepanjang dua malam kitaorang bersama, aku akui yang memang aku ada rasa takut. Yeah, manusia mana yang tak ada rasa takut? Tapi rasa takut aku tak adalah sampai rasa nak mandi pun kena berteman. Heh, melampau.

Malam pertama kami tinggal berdua, hari Sabtu tak silap. Aku mempunyai rambut yang panjang. Panjang sampai mana tu, tak perlulah diberitahu. Tapi kalah rambut Cik Ponti aku rasa. Heh.

Selepas solat Isyak malam tu, aku luruskan rambut aku yang kena wudhuk tu. Nak keringkan sebab takut rambut berbau. Malam tu juga, aku pakai baju warna putih dan seluar juga warna putih. Persis Cik Ponti.

Dan aku keluar bilik ke ruang tamu sebab nak makan. Dalam keadaan rambut yang aku luruskan dan tak nampak langsung wajah aku, aku melangkah. Dan masa dah sampai ruang tamu, aku terkejut sebab dengar kawan aku tu menjerit dengan mata terbeliak dia sambil pandang aku.

Lepas dia dah okay, dia cakap dengan aku, "Kalau hang buat macam tu lepas pukul 12, memang aku humban hang dari balkoni."

Okay, aku gelak je lepas dengar.

Then guess what, esok pagi dia demam. Serius demam.

Salah aku ke?

Lepastu malamnya, dia macam dah okay sikit. Dia cakap dengan aku, lepas sama-sama Tonton Anugerah Skrin streaming. Dia bagitahu aku, "Aku buka semua lampu dalam bilik depan tau. Lampu ruang tamu dengan lampu bilik air pun aku buka sekali. Tak nak bergelap."

Aku pun okay je lah. Okay sebab aku tahu dia lagi takut dari aku. Tapi bilik kitaorang kitaorang tutup lampulah nak tidur dan buka lampu bilik air je.

Lepastu esok paginya, lepas sarapan, masa aku nak buang sampah, kan kalau nak keluar rumah kena lalu dua bilik depan. Dan tahu tak, nak buat aku gelak dengan kawan aku tu. Bila dia cakap dia buka lampu bilik, aku mati-mati ingat yang dia hanya buka lampu bilik.

Sekali, dengan kipas syiling dia buka weh.

Serius!

Bebetul penakut kawan aku seorang ni. Haih,

Tapi alhamdulillah lah, tak ada kejadian misteri dan aneh yang berlaku sepanjang kami berdua di rumah tu.

So chill.

Bye.

6 comments:

  1. dulu leya duduk hostel masa sekolah dulu. ada juga lihat aksi aksi dirasuk ni. pada hari kawan dirasuk tuh, nak g mana2 semua nak berteman termasuk ke bilik air buang air besar. takut kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol, pernah juga ada dalam keadaan tu, tapi masa kem lah. huhuu

      Delete
  2. bunyi kerusi tarik ni mmg biasa. kat hostel sy pun selalu mcm tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan? memang selalu akan dengar bunyi macam tu. So chill

      Delete
  3. seramnya, huhuhu.. walaupun mende camni tak pernah berlaku pada saya. semoga Allah melindungi kamu

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.